PangkorNet New Looks!

June 25, 2008

Pangkor Net

Salam. Semalaman aku meluangkan masa untuk menggodek layout laman web informasi Pangkor.net untuk interface yang lebih kemas dan menarik. Laman Pangkor.net dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada para pelancong untuk meneroka keindahan Pulau Pangkor secara maya sebelum anda berkunjung ke sini. Pangkor.net bertindak sebagai perantara untuk anda mengetahui serba sedikit tentang pulau yang bersejarah ini. Pangkor.net berikan anda kemudahan untuk memilih Chalet dan Resort yang sesuai untuk ditempah dengan pakej-pakej menarik! Klik WWW.PANGKOR.NET.

Selain menukar layout Pangkor.net, aku juga mengkaji theme baru yang dipakai di Adam’s Playground ni untuk memenuhi kehendak hati seperti mengubah CSS img-nya yang agak tidak senta. Insya-Allah, aku akan postkan REVIEW CUTI SEMESTER yang sememangnya gempak dan akan menjadi kenangan sepanjang hayat :)

Amer’s Network

April 18, 2008

amernetwork.jpg

Saudara Amer telah memulakan Ameralainaa’s Network sebagai sebagai sebuah blog peribadi yang akan memuatkan banyak kisah menarik kehidupan seorang remaja dalam mencari erti sebenar kehidupan.

Blog yang ditaja oleh saudara Viere ini telah menambah satu lagi rangkaian Viere’s Network yang sebelum ini telah banyak menawarkan hosting percuma untuk blogger. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudara Viere di laman web beliau.

Wordpress 2.5

April 14, 2008

Salam.

Wordpress

Sehingga posting ini ditulis, Wordpress telah pun mengeluarkan Wordpress versi 2.5 dan Adam’s Playground masih lagi ketinggalan dengan menggunakan Wordpress 2.1.3. Sungguh sadis kerana tidak berpeluang untuk mengikuti perkembangan Wordpress walaupun kewujudan blog ini hanya sekadar penyeri dunia blogging di Malaysia. Tiada tulisan panas untuk menghentam sesiapa, tapi sekadar pemuas hati sang pemilik blog. Maklumat lanjut, klik Wordpress.org.

Reflector Studio dan Putra Rovers

Harini, warga Reflector Studio (RS) berkumpul di markas RS di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sebagai aktiviti sampingan RS dan Putra Rovers (PR). Antara yang hadir untuk program awal bulan RS ini ialah Aku, Hafiz, Fakhrul Afiq, Nu’,man, Fakhrul Razzi aka Pandir, Amer, Ariff Din, Hazwan aka Mat aka Wan, Mart, Che’ Din dan Saiful Azwan aka Cipun sebagai tuan rumah.

Program ini diadakan sempena cuti semester untuk warga Kolej Poly-tech MARA (KPTM) dan ’study week’ kepada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM). Insya-Allah lepas ni akan ada banyak aktiviti menarik untuk PR yang akan dianjurkan. Sudah lama tidak turut serta dalam aktiviti berpengakapan ni!

Reflector Studio

Dalam usaha menyiapkan projek terbaru Reflector Studio - Portal E-KadKahwin yang hampir siap 100%, ada beberapa client yang menghubungi aku yang berminat untuk menggunakan servis daripada RS bagi membangunkan laman web untuk syarikat mereka. Dan yang terbaru, aku membuat pengiklanan di laman web Mudah.com.my dan mendapat permintaan daripada Institut Teknologi Islam Perlis (ITIPs) untuk membangunkan laman web untuk mereka, namun sehingga kini gagal untuk menghubungi pihak yang berkenaan kerana nombor telefon dan e-mail yang diberikan tidak tepat.

Aku juga dihubungi oleh seorang ‘freelancer’ lain yang lebih mesra dikenali sebagai Ali Fitri yang berminat untuk menjadikan aku sebagai rakan kongsi dalam projek yang beliau. Nampaknya cuti semester ni akan menjadi lebih sibuk daripada jangkaan termasuk dengan projek-projek yang disenaraikan. Cadangan untuk menaiktaraf Dermarian.com juga akan dilaksana semasa cuti semester nanti kerana sehingga hari ini, user berdaftar sudah mencapai 800!

Cara Cepat Apply Akaun Google AdSense!

December 5, 2007

Kepada sesiapa yang belum pernah atau ingin mencuba mendaftar di Google AdSense dengan cara yang cepat, anda boleh mengadaptasi cara yang saya gunakan ini. Cara ini memang berkesan dan dalam masa 24 jam, akaun anda boleh diaktifkan! Cara yang saya gunakan ini ialah mendaftar melalui akaun Blogger.com. Blogger.com adalah laman web yang menawarkan hosting untuk blogging secara percuma yang juga merupakan anak syarikat kepada Google Inc.

[Read more]

Out of limit!

July 17, 2007

trafikusage.jpg

Agak hairan aku apabila aku tengok traffic usage untuk domain www.xter.org. Mencecah 1.17 TB beb! Tadi aku dah ditegur oleh brader technician server aku, MNetHost. Server aku yang seciput 1.00 GB ni terpaksa berkongsi dengan 5 buah domain yang beroperasi dalam satu server. Nak save la katakan, tapi akhirnya memberatkan server ni sebab aku hanya melanggan shared server.

So malam ni, bermulah episod penghijrahan beramai-ramai ke hosting yang baru bagi meringankan kembali server aku ni. Dulu niat memang baik, pemurah la katakan.. Sedekahkan hosting space untuk user yang nak belajar menggunakan Wordpress khasnya. Disebabkan kesesakan tersebut, aku membeli www.dblogger.org untuk dikongsi bersama, so kalau ada sesapa nak tu, boleh la apply dari aku =)

Baru tadi aku berjaya setelkan masalah domain si Viere, dia dah beli hosting baru dari Internet-Webhosting.com, Premium Plan beb! Ni specs yang ditawarkan untuk Premium Plan. So, kalau nak web space tu, pandai-pandai la ngayat si Viere :)

premiumplan.jpg

Klik sini untuk maklumat lanjut..  

WP Audio Player

August 23, 2006

As requested by ZeMMs, nie aku post audio player utk WordPress yang aku gunakan sekarang nie.

Download

http://www.1pixelout.net/code/audio-player-wordpress-plugin/

Heh, ZeMMz buat Merdeka Web Band lagi sempoi, jom pakat-pakat tengok site dia..

Next Page »


Warning: include(/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45