Jambori Antarabangsa Johor ke-24
November 30, 2008
Kami bergerak ke Batu Pahat melalui Lebuh Alor Gajah-Melaka-Johor pada jam 2.00 petang. Perjalanan 2 jam telah membawa kami selamat tiba di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Pada awal perancangan, PPM Perlis akan menghantar seramai 40 orang peserta namun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kekurangan jumlah peserta. Sebagai meneruskan perjuangan, kami tetap terus untuk menyertai Jambori ini walaupun kami bertiga.
Setibanya di tapak jambori, kami bersiar sekitar tapak perkhemahan sebelum melakukan pendaftaran. Sayangnya, jambori kali ini tidak menyediakan cenderamata t-shirt seperti kebiasaannya dan menyediakan lencana dan beg galas. Aktiviti pertama kami di tapak kem Perlis ialah menaikkan khemah dan membuat pagar. Kami menaikkan 3 buah khemah untuk setiap seorang peserta. Pada hari pertama jambori, hanya sesi suai kenal diadakan dan kami turut bersiar ke tapak kem negeri lain untuk bertemu para pemimpin dan sahabat kelana yang pernah kami berjumpa sebelum ini seperti Kelana Titiwangsa dan beberapa kelana lain yang kami jumpa semasa di BP House tahun lepas.
[Read more]
Reviu Cuti Semester 01/2008!
June 27, 2008
Akhirnya Adam berpeluang untuk menulis di blog ini dengan penuh ketenangan. Banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang cuti semester Mei - Jun yang sememangnya akan menjadi kenangan dan tidak akan dilupakan oleh Adam.
Sebagai ringkasan, adakah mudah sekiranya semua aktiviti dan kenangan manis dan pahit akan Adam coretkan dalam garis masa di bawah.
11 Mei 2008 - Bermulanya cuti semester. Adam dan Hafiz serta rakan yang lain pulang ke Perlis.
17 Mei 2008 - Bersama Putra Rovers membuat gotong royong di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
19 Mei 2008 - Adam bersama rakan ke Pulau Pangkor. Klik untuk cerita.
21 Mei 2008 - Pulang dari Pulau Pangkor.
25 Mei 2008 - Bersama ahli Putra Rovers ke Alor Setar sempena Hari Keluarga Putra Rovers 2008.
30 Mei 2008 - Kursus Kelana dan Kursus Manikayu Kelana Peringkat I di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
04 Jun 2008 - Harga Petrol dan Diesel diumumkan naik kepada RM 0.70 dan RM 1 seliter.
06 Jun 2008 - Adam dan rakan ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.
07 Jun 2008 - Adam dan rakan ke Sungai Sedim untuk lawatan ahli Putra Rovers yang menyertai Kursus Asas Kayak Peringkat Negeri Perlis 2008.
08 Jun 2008 - Adam dan rakan ke Pesta Orkid Peringkat Kebangsaan 2008 bersama Mr. Ho Thean Sung.
11 Jun 2008 - Adam dan rakan Reflector Studio ke berkonvoi Pulau Pinang.
13 Jun 2008 - Merchandise Reflector Studio - Stiker telah berjaya dicetak dan diedar kepada ahli.
17 Mei 2008 - Adam dan rakan ke Kuala Lumpur.
20 Mei 2008 - Adam dan rakan ke Cameron Highlands.
22 Mei 2008 - Adam dan rakan Putra Rovers ke Puncak Janing, Kedah.
23 Mei 2008 - Pendaftaran Reflector Studio dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Reflector Studio kini berstatus syarikat berdaftar di bawah SSM.
Kebanyakkan aktiviti Adam semasa cuti adalah berada di sekitar Kangar, Kuala Perlis dan Alor Setar disamping Changloon dan Jitra. Ada beberapa lagi aktiviti yang mungkin tidak dimasukkan atas alasan terlalu remeh. Nanti Adam akan masukkan gambar untuk aktiviti berkaitan. Salam.
Bercuti ke Pulau Pangkor
May 24, 2008
Nah! Bercuti lagi nampaknya warga Reflector Studio. Pada 19 Mei 2008 - Reflector Studio telah mengadakan satu trip percutian ke Pulau Pangkor atas jemputan saudara Badrul atau Yoi, pemilik Pangkor Net Enterprise yang merupakan seorang client Reflector Studio.

Kenderaan rasmi ke Pulau Pangkor
Isnin, 19 Mei 2008
Trip yang disertai oleh Adam, Ariff aka Cedin, Epih, Farid dan Nu’man ini bertolak dari Perlis ke Lumut, Perak dengan menaiki Toyota Unser yang disponsor oleh saudara Nu’man. Kami bertolak dari Perlis tepat jam 3.15 petang dan tiba di pekan Manjung, kira-kira jam 8 malam. Kami akan bermalam di rumah sewa Farid sebelum bertolak ke Pulau Pangkor pada keesokannya. Begitulah cadangan kami. Setibanya di Manjung, kami sempat singgah di UniKL MIMET — tempat Farid belajar sekarang dalam bidang Marine Engineering.Setelah selesai mengurus diri, kami ke Kedai Nasi Ayam di pekan Manjung untuk makan malam. Sedap sungguh Nasi Ayam Manjung! Apabila selesai makan malam, kami bersiar-siar di sekitar pekan Manjung dan ke pekan Lumut. Kira-kira jam 11 malam kami pulang ke rumah untuk ‘kumpul daya’ sebagai persiapan untuk hari esok. Oh, 20 Mac adalah hari jadi Ariff Din — menurutnya, hari jadi ke-19 ini adalah yang terbaik pernah dia alami kerana bersama kawan-kawan sambil bercuti. Aktiviti ‘kumpul daya’ kami tertangguh sehingga jam 4 pagi kerana masih bersembang-sembang sambil menanti mata terpejam. Happy Birthday Cedin, Sweet 19!!!
Internet Earning
May 9, 2008
Assalamualaikum. Kesempatan ini diambil untuk membuat quick posting kerana banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang beberapa minggu lepas. Hari ini secara rasminya telah bermula cuti semester kepada semua pelajar UiTM Melaka walaupun masih ada yang bertungkus lumus untuk paper terakhir mereka.
Internet Earning
Dah lama tak bercakap mengenai Internet Earning ya. Selepas berjaya cash-out earning daripada Nuffnang pada bulan lepas sebanyak RM55 +/- yang juga merupakan cash out pertama daripada Nuffnang. Sedar tak sedar, beberapa laman web yang menjalankan pengiklanan dengan Nuffnang telah memberi aku sekali lagi jumlah yang sama untuk bulan ini. Walaupun nilai yang tidak sebesar mana, namun wang yang berjaya diperoleh untuk kali kedua ini lebih cepat dicapai berbanding kali pertama dahulu.
Selain Nuffnang, AdSense juga telah menampakkan peningkatan walaupun masih lagi di bawah tahap. Tidaklah meletak setinggi harapan untuk mendapat beribu-ribu dolar daripada AdSense, namun beberapa strategi yang diserapkan telah mula menampakkan hasilnya. Nampaknya banyak lagi yang perlu dipelajari tentang ilmu AdSense daripada guru atau taiko yang telah berjaya menghasilkan ribuan dolar daripada program pengiklanan ini.
Selain pengiklanan, program affiliate juga telah mula menampakkan hasil walaupun baru sahaja bermula berkenalan dengan program affiliate ini. Cerita di atas adalah luahan hati seorang penulis blog yang menjadikan program pengiklanan di internet sebagai pendapat sampingan dan tidak melakukan pekerjaan ini secara serius. Kalau ada tips yang menarik, InsyaAllah bolehlah saya kongsikan di sini nanti.
Wordpress 2.5
April 14, 2008
Salam.
Wordpress
Sehingga posting ini ditulis, Wordpress telah pun mengeluarkan Wordpress versi 2.5 dan Adam’s Playground masih lagi ketinggalan dengan menggunakan Wordpress 2.1.3. Sungguh sadis kerana tidak berpeluang untuk mengikuti perkembangan Wordpress walaupun kewujudan blog ini hanya sekadar penyeri dunia blogging di Malaysia. Tiada tulisan panas untuk menghentam sesiapa, tapi sekadar pemuas hati sang pemilik blog. Maklumat lanjut, klik Wordpress.org.
Reflector Studio dan Putra Rovers
Harini, warga Reflector Studio (RS) berkumpul di markas RS di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sebagai aktiviti sampingan RS dan Putra Rovers (PR). Antara yang hadir untuk program awal bulan RS ini ialah Aku, Hafiz, Fakhrul Afiq, Nu’,man, Fakhrul Razzi aka Pandir, Amer, Ariff Din, Hazwan aka Mat aka Wan, Mart, Che’ Din dan Saiful Azwan aka Cipun sebagai tuan rumah.
Program ini diadakan sempena cuti semester untuk warga Kolej Poly-tech MARA (KPTM) dan ’study week’ kepada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM). Insya-Allah lepas ni akan ada banyak aktiviti menarik untuk PR yang akan dianjurkan. Sudah lama tidak turut serta dalam aktiviti berpengakapan ni!
Reflector Studio
Dalam usaha menyiapkan projek terbaru Reflector Studio - Portal E-KadKahwin yang hampir siap 100%, ada beberapa client yang menghubungi aku yang berminat untuk menggunakan servis daripada RS bagi membangunkan laman web untuk syarikat mereka. Dan yang terbaru, aku membuat pengiklanan di laman web Mudah.com.my dan mendapat permintaan daripada Institut Teknologi Islam Perlis (ITIPs) untuk membangunkan laman web untuk mereka, namun sehingga kini gagal untuk menghubungi pihak yang berkenaan kerana nombor telefon dan e-mail yang diberikan tidak tepat.
Aku juga dihubungi oleh seorang ‘freelancer’ lain yang lebih mesra dikenali sebagai Ali Fitri yang berminat untuk menjadikan aku sebagai rakan kongsi dalam projek yang beliau. Nampaknya cuti semester ni akan menjadi lebih sibuk daripada jangkaan termasuk dengan projek-projek yang disenaraikan. Cadangan untuk menaiktaraf Dermarian.com juga akan dilaksana semasa cuti semester nanti kerana sehingga hari ini, user berdaftar sudah mencapai 800!
Adam balik Perlis!
March 25, 2008
Wah, dah lama tak pulang ke negeri kesayangan. Sempena cuti Maulidul Rasul minggu lepas, Adam berpeluang untuk balik ke Perlis! Seronok tu! Walaupun cuti tak lama, cuma empat hari tapi tu bukan penghalang! Thanks Azza kerana sudi tolong belikan tiket bas Melaka -> Alor Setar. Thanks jugak kat Fakhrul aka Viere sebab sudi jemput kami di Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar.
Khamis, 20 Mac
Ketibaan Adam dan Hafiz di balai ketibaan Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Setibanya di Kangar, kami bertiga terus bersiap-siap untuk menziarahi ayah Zulaikha atau Ika yang telah kembali ke Rahmatullah petang senja semalam. Al-fatihah untuk arwah dan keluarga. Semoga Ika akan terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Aktiviti kami berakhir di situ, dan pada petangnya Adam ke Kuala Perlis untuk menghirup udara segar di sana disamping melepaskan kerinduan kepada Kuala Perlis.
Jumaat, 21 Mac
Hari Jumaat dimulakan dengan menyelesaikan urusan pembayaran bil dan utiliti. Banyak perkara yang diselesaikan untuk meringankan beban Umi. Tiada aktivti menarik sepanjang hari Jumaat dan banyak masa dihabiskan di rumah. Percubaan untuk menukarkan status akaun Maybank daripada Im-Teen kepada akaun Dewasa dan Maybank Visa Debit Card tidak berjaya! Tak apa, cuba di Melaka nanti! Macam biasa, sebelah petangnya meronda sekitar bandar Kangar. Pada malamnya, keluar makan bersama Shakaff, Shino, Epih, Fakhrul, dan Khalil.
Sabtu, 22 Mac
Ura-ura mengatakan bahawa tiket ke Melaka habis membuatkan kami panik! Memang benar, semua tiket ke Melaka sudah habis. Tapi nasib menyebelahi kami, kami berjaya mendapatkan 2 keping tiket ke Melaka walaupun terpaksa menempuhi beberapa halangan. Oh ya! cek daripada Nuffnang bernilai RM54.95 telahpun berjaya di cashkan! Kad Rakan Muda yang dipohon juga sudah tiba! Anda belum memohon? Cepatlah memohon!
 Ahad, 23 Mac
Hari terakhir di Perlis. Tolong Umi dan adik-adik kemaskan rumah. Pada sebelah petangnya bersama geng Putra Rovers ke Kuala Perlis menikmati “sunset” dan Tom Yam Special yang telah lama di idam-idamkan!
