Adam, Fotografi dan Jutawan

December 12, 2008

Salam. Pada mulanya entri ini bertajuk Adam dan Fotografi tapi perkataan Jutawan itu ditambah selepas Adam selesai membaca satu entri di blog peribadi Saiful Nang, Million Dollar Wedding Photographer. Kita tinggalkan sebentar kisah Saiful Nang dan bercerita tentang kisah Adam dan Fotografi.

Ilmu fotografi yang Adam miliki hingga kini hanyalah secebis daripada sebuku roti, umpamanya. Minat Adam kepada fotografi hanyalah sekadar satu hobi yang biasa. Tapi dengan peredaran masa yang cepat, hobi fotografi telah bertukar menjadi satu peluang untuk menjana pendapatan sampingan atau menjadikan bidang fotografi sebagai pekerjaan. Suatu hari nanti tidak mustahil sekiranya ruang pekerjaan di dalam Borang Pesakit Luar di hospital kerajaan diisi dengan JURUGAMBAR. Dewasa ini banyak pula yang menceburi bidang ini. Adakah Adam baru sedar yang bidang fotografi ini telah lama popular?

[Read more]

Kelas Fotografi #1

December 7, 2008

Salam.

Hari ini Adam akan bercerita sedikit tentang Asas Fotografi yang telah Adam belajar pada semester 3 dalam kursus Komunikasi Foto atau Photo Communication. Tutorial ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu dan dicampur dengan istilah Bahasa Inggeris sekiranya perlu. Apa yang penting di sini ialah Adam menulis mengikut kefahaman dan citation akan dibuat sekiranya Adam merujuk kepada mana-mana sumber.

1. Asas DSLR

DSLR atau Digital Single Lens Reflex adalah versi digital kepada SLR. Jika SLR menggunakan filem konvesional 35mm tetapi DSLR menggunakan kad memori sebagai ruang simpanan kepada gambar yang diambil.

Jenama DSLR yang terkenal ialah Canon, Nikon, Olympus, Sony dan sebagainya. DSLR mempunyai mounting untuk diletakkan lens yang boleh dipasang dan ditanggal mengikut kehendak pengendali. Body (merujuk kepada badan kemera) dan lens pada kebiasannya akan dijual bersama dalam lingkungan harga RM1,999 dan ke atas mengikut spesifikasi kamera tersebut.

[Read more]

Teknik Panning

November 6, 2008

imanishi yamaguchi wrote:
Met kenal Dam. Saya suka dengan karya-karya fotografinya yang cukup imajinatif. Mau tanya kalau objek bergerak cepat seperti orang naik sepeda motor itu, setelan kameranyanya gimana? sendainya saya pake kamera DSLR…. thank jawabannya.

Begini kiriman seorang pelawat yang menghubungi Adam melalui borang ‘Hubungi Saya‘ yang Adam dapat petang tadi. Apa yang Adam faham, beliau menanyakan bagaimana untuk meng-snap gambar kenderaan yang meluncur laju. Begitu kan? Jika itu soalannya, Adam akan menjawab, “Gunakan teknik panning!”
[Read more]

Teknik Fotografi

August 22, 2008

Adam luangkan sedikit masa Adam untuk membuat tutorial tentang sedikit teknik fotografi yang perlu dikuasai untuk kursus Photography Communication. Sila ambil perhatian bahawa Adam bukanlah seorang yang pakar dalam bidang fotografi dan masih merangkak mencari ilmu. Jadi, sebarang kesilapan daripada segi konsep atau teknikal harap dimaafkan dan teguran amatlah dialu-alukan.

1. Limited Depth of Field

Apa? Teknik ini memerlukan anda menajamkan gambar yang difokus dan gambar dibelakang akan kabur.
Bagaimana? Gunakan apperture yang tinggi f3.6-f1.8 dan nilai shutter mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?

Limited Depth of Field

Aperture: F/3.5, Shutter: 1/500

[Read more]


Warning: include(/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45