Jun 22
Sekadar memetik daripada artikel daripada SIM.Org.My berkaitan penggunaan satu dekoder Astro untuk banyak TV.
Tamak kerana tawarkan lebih dari satu decoder dalam satu rumah, kemudian yuran langganan utk DMT kedua itu dikenakan pula 50% dari langganan DMT pertama iaitu sekiranya yuran DMT pertama RM80 sebulan, DMT kedua ialah RM40 sebulan. Ketamakan Astro menjadi-jadi bila hanya menawarkan DMT kedua kepada langganan yang melebihi RM80 sebulan saja, yang kurang RM80 sebulan, tak layak. Astro pandai mengumpan pelanggan dengan pemberian DMT percuma, kemudian mengikat pelanggan selama 24 bulan. Pelanggan pula kurang bijak, kerana tertarik dgn DMT Astro (yang harga tak seberapa) terpaksa tanggung yuran langganan selama 24 bulan. Sekiranya Astro mesra pelanggan, sepatutnya mereka perlu jual terus DMT tu pada pelanggan tanpa beri kad pintar kedua dan tak perlu bayar yuran untuk DMT kedua tu kerana ada teknologi yg membolehkan kad pintar dari DMT pertama itu dikongsi untuk beberapa DMT.
Tak kisahlah kalau Astro sendiri yg memasarkan alat itu. Ada 3 jenis alat yg diberi nama card splitter ini.
Read the rest of this entry »
Mar 01

Meminjam kata-kata Aman, Nasib Si Ayam. Begitulah tajuk perbincangan kita pada pagi ini. Pada suatu masa, kita dihebohkan dengan berita ayam yang digunakan untuk dihidangkan dalam hidangan Kentucty Fried Chicken atau panggilan manjanya, KFC tidak disembelih dengan cara yang halal dan menjadi topik perbualan hangat pelbagai pihak.
Video ni aku dapat dari saudara Aman, yang mengisahkan bagaimana ayam KFC di negara barat disembelih sebelum diproses untuk dipasarkan di KFC di seluruh barat.
Ayam-ayam tidak berapa dijaga. Ruang yang diberikan amat susah untuk ayam-ayam bebas bergerak. Ini membuatkan ayam-ayam tersebut susah nak menggunakan kesemua tenaga yang diperolehi daripada makanan yang diambil oleh mereka, sekaligus menyebabkan mereka berat dan saiz badan mereka bertambah.
Selain itu, mereka hanya mengantungkan ayam-ayam tersebut secara terbalik dan celupnya dalam air panas untuk membunuh ayam-ayam tersebut. (Halal ke?) Cara mereka mengumpulkan ayam untuk membawa ke tempat “penyembelihan†pun sangat kejam.
Klik untuk video: YouTube.com
Rujukan: www.kentuckyfriedcruelty.co.uk