Selamat 31 Ogos

August 31, 2008

Haha. Apakah rasionalnya tajuk di atas? Mungkin suka-suka. Akibat ketiadaan laptop telah menjadikan Adam susah untuk membuat posting. Baru tadi Adam terfikir bahawa suda 3 tahun Adam berblog akan tetapi hanya 165 posting dalam jangkamasa tersebut. Statistik ini membuktikan bahawa Adam merupakan seorang blogger yang kurang bersosial dalam membuat posting.

Hujung minggu ini UiTM Melaka akan kesepian kerana ramai warganya telah pulang ke kampung untuk cuti Hari Kebangsaan dan Sambutan Awal Ramadhan bersama-sama keluarga di rumah. Ya. Adam tak pulang untuk berbuat demikian kerana baru sahaja minggu lepas Adam pulang ke kampung. Kalau minggu ini balik juga mungkin Adam perlu mencari satu sumber kewangan yang lain mungkin mencari harta karun di kawasan hutan belakang kampus ini.

Hari ini Adam dan RH5775 ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Perjalanan yang memakan masa selama 40 minit ini turut disertai oleh 4 orang rakan Adam yang lain iaitu Fad, Acud, Azza dan Nur. Tujuan asal kami ialah untuk membuat photo shooting dan juga aktiviti bermandi-manda. Namun nasib kurang menyebelahi kami kerana hujan lebat turun dan mengakibat arus deras. Walaubagaimanapun, kami tetap membuat photo shoot dan bermandi di kawasan yang rendah tahap kebahayaannya.

Hm. Esok Adam sekali lagi akan bergerak dengan RH5775 ke Klang untuk ke rumah Azza bagi menyiapkan beberapa group assignment yang masih belum sempurna. Cukup untuk hari ini. Pendapatan Google AdSense untuk bulan ke dua mencecah USD 28 dan Nuffnang RM125. Tunggu masa untuk lebih banyak duit. Perlu gandakan usaha untuk menyiapkan tugasan yang tarikh hantarnya hanya di sekitar hujung bulan ini. Selamat Malam semua.

Teknik Fotografi

August 22, 2008

Adam luangkan sedikit masa Adam untuk membuat tutorial tentang sedikit teknik fotografi yang perlu dikuasai untuk kursus Photography Communication. Sila ambil perhatian bahawa Adam bukanlah seorang yang pakar dalam bidang fotografi dan masih merangkak mencari ilmu. Jadi, sebarang kesilapan daripada segi konsep atau teknikal harap dimaafkan dan teguran amatlah dialu-alukan.

1. Limited Depth of Field

Apa? Teknik ini memerlukan anda menajamkan gambar yang difokus dan gambar dibelakang akan kabur.
Bagaimana? Gunakan apperture yang tinggi f3.6-f1.8 dan nilai shutter mestilah diubah sehingga mendapat nilai seimbang di meter.
Contoh?

Limited Depth of Field

Aperture: F/3.5, Shutter: 1/500

[Read more]

PhotoCamp UiTM Melaka 2008

August 18, 2008

UiTM Melaka, 16 Ogos 2008 - Seluruh warga semester tiga Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka berkampung di sini hari ini sempena Photo Camp 2008 yang dianjurkan oleh Fakulti Komuniksi dan Pengajian Media UiTM Melaka. Program dua hari satu malam ini diadakan bagi mendedahkan kepada para pelajar yang mengikuti kursus Komunikasi Fotografi tentang teknik fotografi.

DMC 3E rox!

Perkhemahan ini bermula pada jam 12 tengah hari dengan pendaftaran dan taklimat ringkas bagi memastikan kelancaran program ini. Sesi pendaftaran diuruskan oleh ‘committee’ yang dilantik dan taklimat ringkas disampaikan oleh Mr. Hakimi. Kemudian, pelajar dilepaskan untuk makan tengah hari dan berkumpul semula jam 2 petang.

[Read more]

DMC3E Berfotografi!

August 15, 2008

Assalamualaikum.

Entri hari ini banyak berkisar tentang Adam dan DMC3E. Setelah penat ke Kuala Lumpur hilang, Adam telah demam. Mungkin terlalu letih. Hari ini seperti biasa, bangun pagi dan untuk ke kelas pada jam 8.30. Hari ini kelas pertama ialah CTU. Kami hanya mendengar persembahan daripada Syafiq dan Fadh tentang tajuk kajian beliau - Adab Guru dan Pelajar.

DMC3E bersama Mr Afiq

DMC3E bersama Mr Afiq

Pada tengah hari, kami ke kelas Journalism — Madam Raihan banyak bercerita tentang group assignment kami. Bangaimana untuk menyiapkan laporan interview kami. Selesai kelas, Adam bersama group members Psychology ke perpustakaan untuk menyiapkan proposal bagi kajian kami — Domestic Violence Against Men. Adam bersama Ima, Azza dan Ima berada di perpustakaan bertungkus-lumus menyempurnakan proposal yang perlu disubmit esok sementara menanti jam 3 petang untuk ke kelas Photo Communication di Tasik Tun Fatimah.

[Read more]

Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran

August 13, 2008

Assalamualaikum WBT

Hari ini Adam bersama ahli kumpulan; Ima Aimi Nadia, Sharifah Nuraini, Nur Azzah dan Nina Syakila telah berkesempatan ke Pejabat Editorial Utusan Melayu di Chan Sow Lin. Tujuan kami ke sana adalah untuk menjalankan temuramah dengan Ketua Pengarang Meja Agama Utusan Malaysia; En. Radzi Md Zain bagi menyempurnakan tugasan bagi kursus JRN211 - Journalism bertajuk “Cabaran Berdakwah Melalui Persuratkhabaran”

Kami bertolak dari UiTM Melaka dengan menaiki bas Mara Liner tepat jam 8.45 pagi dan tiba di stesen bas Pudu Raya jam 11.00 pagi. Setibanya di sana, kami bergerak ke Pejabat Utusan yang terletak di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin dengan menaiki LRT dari stesen Plaza Rakyat dan turun di LRT Chan Sow Lin sebelum menaiki bas ke Jalan Lima.

[Read more]

Fad, Salam Kelahiran ke-19!

July 12, 2008

Salam.

Entri ini diwujudkan sempena Hari Kelahiran saudara Fad yang merupakan rakan DMC3E. Sempena sambutan ini, DMC3E sekali lagi telah mengadakan majlis ringkas untuk meraikan hari lahirnya di Wakaf Blok A berhampiran tasik. Berikut adalah gambar yang berjaya dirakamkan ketika parti sedang berlangusng. Antara yang hadir pada petang tadi ialah yang dirai, Fad, Jaz, Adam, Kechik, Acud, Ima, Icha, Azza, Fatin, Lina, Dayah, Yaya, Kam Kam, Pdi, Shie dan Yus.

« Previous PageNext Page »


Warning: include(/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45