Senario The Movie : Episod 1
October 12, 2008
Ketika entri ini ditulis, Adam baru sahaja pulang daripada menonton Senario the Movie Episod 1 di GSC Mid Valley bersama Epih, Cedin dan Pandir. Pop corn yang di makan masih lagi melekat di celah-celah gigi dan sukar sekali untuk dihilangkan rasa popcorn tersebut. Lupakan tentang kisah popcorn, mari kita mulakan reviu Adam tentang filem ini. Untuk pengetahuan, Adam belum pernah membuat sebarang reviu daripada filem yang Adam tonton di panggung walaupun hanya tiga buah filem yang Adam tonton di panggung. Jadi, Adam telah memulakan sesuatu yang baru. Walaupun Adam tak pandai untuk mengulas, apatah lagi membuat kritikan, tapi Adam cuba untuk sesuatu yang baru.
Selepas Raya 1429H
October 9, 2008
Sedikit Entri selepas raya tahun 1429 Hijrah. Raya ini dirasakan seperti sesuatu yang berbeza dengan raya lepas. Mungkin kerana faktor umur yang sudah mengakhiri belasan tahun. Mungkin.
Raya pertama Adam pada tahun ini dihabiskan bersama keluarga di kampung. Pada awal pagi selepas sembahyang sunat Aidilfitri, Adam dan keluarga ke Padang Siding untuk menziarah Tok dan sepupu di sana. Juga, selepas itu Adam ke rumah Pak Long Li kerana Mak Long menyediakan mi kari untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Pada tengah harinya Adam ke rumah Tok Wan di Behor Mempelam. Ramai yang ada di sana. Keluarga Pak Njang Nasir pun beraya di sini. Pada sebelah petangnya, empat buah keluarga Mak Teh bertandang ke rumah dan kesempatan itu diambil untuk bertanya khabar kerana hampir tidak kenal ‘orang jauh’ mungkin kerana sebelum ini Adam mengamalkan sikap tidak endah sahaja. Tapi sekarang Adam perlu kenal mereka, bukannya orang lain. Ada pertalian darah antara kami.

RS Family di Hari Raya
Al-fatihah Asrol Aizan Bin Zahari
October 6, 2008
Assalamualaikum WBT
Posting ini dibuat selepas Adam menerima berita bahawa saudara Asrol Aizan yang juga dikenali sebagai Dek Jan telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi akibat satu kemalangan di Beseri, Perlis.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
Al-fatihah.
Salam Aidilfitri 1429H
October 3, 2008
Assalamualaikum W.B.T.
Sebagai pembuka bicara Adam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada semua pengunjung Adam’s Playground, keluarga tercinta, rakan-rakan Reflector Family, rakan-rakan DMC3E, rakan-rakan Putra Rovers, rakan-rakan Lekiu 2-2, rakan-rakan blogging, rakan-rakan ham radio dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak.
Sepuluh jari disusun dengan kerendahan diri memohon ampun agar segala percakapan, perlakuan atau syak wasangka dimaafkan. Adam akan cuba perbaiki kelemahan diri agar dapat menjadi seorang anak, abang, pelajar, dan rakan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.
Posting Pantas 02/09
September 26, 2008
Assalamualaikum WBT.
Posting pantas versi kedua untuk bulan September ini ditulis di PC kesayangan Adam di kampung halaman di Perlis. Adam selamat sampai ke Perlis tepat jam 6.30AM hari ini bersama Afiq, Hafiz dan Fakhrul dengan menaiki Proton Satria Mivec KAV2424 yang dipandu bergilir-gilir oleh Pilot dan co-Pilot, Afiq dan Hafiz. Alhamdulillah, balik jugak Adam ke Perlis untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.
Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk dicoretkan di sini — sekadar untuk menjadikan blog ini sentiasa terupdate. Anda juga tidak akan dapat membaca posting yang hebat seperti karya Shah Kang di blog beliau yang sentiasa diupdate dengan cerita-cerita baru yang menarik seperti Kisah Ali atau Abu yang mengajak kita untuk berfikir — watak mana yang lebih menyumbang kepada kemajuan ummah atau kisahnya duduk di tepi tingkap ketika menaiki kapal terbang dalam posting bertajuk Terbang juga Rancangan Cuti yang banyak dengan perancangan yang menarik. Kadangkala Adam terasa tercabar untuk membuat posting-posting yang menarik seperti Shah Kang tersebut. InsyaAllah, kalau ada masa dan idea, akan tercapai jua.
Saya Sudah Penat
September 22, 2008
“I chose to love you in silence, for in silence I find no rejection.
I chose to love you in your loneliness, for in your loneliness no one owns you, but me.”
Cukup untuk segala-galanya. Mulakan hidup baru. Terima kasih.
