Salam Aidilfitri 1429H

Daily Craps 4 Comments »

Assalamualaikum W.B.T.

Sebagai pembuka bicara Adam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada semua pengunjung Adam’s Playground, keluarga tercinta, rakan-rakan Reflector Family, rakan-rakan DMC3E, rakan-rakan Putra Rovers, rakan-rakan Lekiu 2-2, rakan-rakan blogging, rakan-rakan ham radio dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak.

Sepuluh jari disusun dengan kerendahan diri memohon ampun agar segala percakapan, perlakuan atau syak wasangka dimaafkan. Adam akan cuba perbaiki kelemahan diri agar dapat menjadi seorang anak, abang, pelajar, dan rakan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.

Read the rest of this entry »

Posting Pantas 02/09

Daily Craps 3 Comments »

Assalamualaikum WBT.

Posting pantas versi kedua untuk bulan September ini ditulis di PC kesayangan Adam di kampung halaman di Perlis. Adam selamat sampai ke Perlis tepat jam 6.30AM hari ini bersama Afiq, Hafiz dan Fakhrul dengan menaiki Proton Satria Mivec KAV2424 yang dipandu bergilir-gilir oleh Pilot dan co-Pilot, Afiq dan Hafiz. Alhamdulillah, balik jugak Adam ke Perlis untuk berhari raya bersama keluarga tercinta.

Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk dicoretkan di sini — sekadar untuk menjadikan blog ini sentiasa terupdate. Anda juga tidak akan dapat membaca posting yang hebat seperti karya Shah Kang di blog beliau yang sentiasa diupdate dengan cerita-cerita baru yang menarik seperti Kisah Ali atau Abu yang mengajak kita untuk berfikir — watak mana yang lebih menyumbang kepada kemajuan ummah atau kisahnya duduk di tepi tingkap ketika menaiki kapal terbang dalam posting bertajuk Terbang juga Rancangan Cuti yang banyak dengan perancangan yang menarik. Kadangkala Adam terasa tercabar untuk membuat posting-posting yang menarik seperti Shah Kang tersebut. InsyaAllah, kalau ada masa dan idea, akan tercapai jua.

Read the rest of this entry »

Saya Sudah Penat

Daily Craps 2 Comments »

“I chose to love you in silence, for in silence I find no rejection.
I chose to love you in your loneliness, for in your loneliness no one owns you, but me.”

Cukup untuk segala-galanya. Mulakan hidup baru. Terima kasih.

Majlis Berbuka Puasa DMC3E 2008

DMC3E, Daily Craps No Comments »

Assalamualaikum.

Hari ini cukup pantas berlalu. Hari ini Blok Lekiu bersama PALAPES UiTM Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Nur Ramadhan 2008. Warga Blok Lekiu bersama bergotong royong mengacau dodol untuk edaran ke seluruh kolej di sini.

Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Dr. Mizan bin Hitam. Lebih kurang 10 kawah dodol disediakan untuk edaran yang disertai oleh pelatih Palapes dan penghuni Blok Lekiu yang berakhir sekitar jam 4 petang. Adam menghadirkan diri untuk majlis tersebut pada sebelah petangnya untuk mengacau dodol (”mengucai dodoi” sekiranya anda orang utara) dan membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa.

Read the rest of this entry »

Rezeki Ramadhan

DMC3E, Daily Craps 1 Comment »

Assalamualaikum WBT.

Dalam posting sebelum ni tentang kehendak untuk mendapatkan beberapa barang dalam “wishlist” telah mendapat perhatian daripada saudara Fakhrul yang telah membuat balasan tentang niat Adam untuk memiliki semua yang tersenarai dalam “wishlist” Adam dengan peruntukan sebanyak RM 5000 kecuali sebuah kereta yang tidak mampu dimiliki dengan peruntukan tersebut.

Sebenarnya, Adam telah menyertai sebuah perniagaan dengan saudara Fakhrul baru-baru ini. Adam telah menjadi sleeping partner kepada saudara Fakhrul. Walaupun baru memulakan perniagaan ini tapi Alhamdulillah perniagaan kami telah mendapat pulangan yang agak sedap mata memandang. Selepas mendapat semula modal, untung kami berganda dan mungkin ini adalah rezeki Ramadhan.

Read the rest of this entry »

Posting Pantas 01/09

Daily Craps 2 Comments »

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah Adam masih berkesempatan untuk membuat coretan kat sini. Dah lama tak berkesempatan untuk update walaupun banyak perkara menarik berlaku sepanjang awal bulan ini. Sebenarnya yang menjadi masalah ialah ketiadaan connection Internet yang telah dipotong akibat kelewatan membayar bil. Pengajaran - lain kali percepatkan pembayaran bil untuk mengelakkan talian dipotong.

Antara perkara yang menarik ialah Majlis Berbuka Puasa Wing 2 Level 2 Lekiu yang diadakan di sekitar Melaka baru-baru ini. Selain daripada itu,  Majlis Berbuka Puasa Reflector Studio Wilayah Tengah - yang disertai oleh RS Melaka, RS KL dan RS Perak. Alhamdulillah, walaupun sibuk tetapi masing-masing dapat meluangkan masa untuk menyertai majlis yang diadakan. Walaupun ringkas, namun masing-masing gembira kerana dapat meluangkan masa bersama. InsyaAllah kalau ada kesempatan, akan ada follow-up post untuk kedua-dua aktiviti tersebut.

Adam perlukan laptop baru. Juga handphone baru. Juga telefoto lens atau speedlight. Juga footrest untuk RH5775. Juga mungkin sebuah kereta untuk pulang berhari raya. Banyak dalam fikiran. Perlukan duit dan masa untuk berfikir. Hahaha.