Sep 04
Assalamualaikum.
Sebelum terlewat dikesempatan ini Adam sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini kan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Dengan niat dan usaha untuk melipatgandakan ibadat kepada Allah SWT, Adam akan meneruskan ibadat puasa ini di Melaka dengan rakan-rakan seperjuangan.
Awal Ramadhan Adam pada tahun ini agak berbeza kerana Adam tidak berpuasa bersama keluarga di Perlis dan tidak juga bersendirian di Melaka kerana Adam bersama Azza dan keluarganya di Klang. Selepas bersama rakan-rakan ke Ulu Bendul pada hari Sabtu, Ahadnya Adam bergerak bersama RH5775 ke Klang. Pengalaman ke Klang adalah sesuatu yang baru kerana sebelum ini seumur hidup Adam sama sekali tidak pernah sampai ke sana.
Read the rest of this entry »
Aug 31
” Sahabat adalah sahabat, jangan selitkan cinta yang melampau.” - Shahkang
Sedang melepak dan memikirkan segunung kerja yang sedang menanti (terutamanya EE), aku teringatkan perihal sahabat dan cinta yang kadang-kadang memutar fikiran menjadi sesuatu yang tidak menentu.
Petikan satu hariku di KMB
Seperti biasa aku menjalankan kehidupan seperti biasa - ke DS mengambil makanan, ke kiosk berasak-asak mengambil nugget atau samosa. Tetapi hari ini tampak berbeza dengan yang lain. Aku tidaklah dilanda perasaan tertekan yang melampau tapi aku sengaja membuat gaya malas atau garang ketika bertemu dengan rakan-rakan. Dihiasi muka seribu tidak bermaya.
Begitulah fil yang tunjukkanku sepanjang hari itu - kurang ceria. Namun dalam hatiku sama sahaja, mungkin mood untuk bertegur sapa sedikit lesap. Dan aku bertemu sahabat itu, seperti selalu iaitu di laluan koop, papan tanda DS, hadapan PSP, concourse filku tetap sama. Langsung tidak ceria. Aku tahu rakan-rakanku sememangnya tahu kadang-kala aku bersikap begitu, bukan bermakna bermasalah tapi sengaja dan aku pasti semua memahami.
Read the rest of this entry »
Aug 31
Haha. Apakah rasionalnya tajuk di atas? Mungkin suka-suka. Akibat ketiadaan laptop telah menjadikan Adam susah untuk membuat posting. Baru tadi Adam terfikir bahawa suda 3 tahun Adam berblog akan tetapi hanya 165 posting dalam jangkamasa tersebut. Statistik ini membuktikan bahawa Adam merupakan seorang blogger yang kurang bersosial dalam membuat posting.
Hujung minggu ini UiTM Melaka akan kesepian kerana ramai warganya telah pulang ke kampung untuk cuti Hari Kebangsaan dan Sambutan Awal Ramadhan bersama-sama keluarga di rumah. Ya. Adam tak pulang untuk berbuat demikian kerana baru sahaja minggu lepas Adam pulang ke kampung. Kalau minggu ini balik juga mungkin Adam perlu mencari satu sumber kewangan yang lain mungkin mencari harta karun di kawasan hutan belakang kampus ini.
Hari ini Adam dan RH5775 ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Perjalanan yang memakan masa selama 40 minit ini turut disertai oleh 4 orang rakan Adam yang lain iaitu Fad, Acud, Azza dan Nur. Tujuan asal kami ialah untuk membuat photo shooting dan juga aktiviti bermandi-manda. Namun nasib kurang menyebelahi kami kerana hujan lebat turun dan mengakibat arus deras. Walaubagaimanapun, kami tetap membuat photo shoot dan bermandi di kawasan yang rendah tahap kebahayaannya.
Hm. Esok Adam sekali lagi akan bergerak dengan RH5775 ke Klang untuk ke rumah Azza bagi menyiapkan beberapa group assignment yang masih belum sempurna. Cukup untuk hari ini. Pendapatan Google AdSense untuk bulan ke dua mencecah USD 28 dan Nuffnang RM125. Tunggu masa untuk lebih banyak duit. Perlu gandakan usaha untuk menyiapkan tugasan yang tarikh hantarnya hanya di sekitar hujung bulan ini. Selamat Malam semua.
Aug 27
Salam.
Harini mungkin hari yang agak kurang menarik kepada Adam. Banyak perkara yang tidak senang hati berlaku kepada Adam.
Situasi #1: Adam basuh RH5775 di Carwash Lendu dan beberapa ketika selepas itu hujan turun dan membasahi bumi. RH5775 terkena tempiasnya.
Ayat Penyedap Hati: Hari tidak selalunya panas. Hujan akan turun mengikut kitarannya tanpa kita boleh menghalangnya. Jadi, hujan dan panas itu satu kitaran alam dan kita terpaksa akur kepadanya. Pasrah.
Situasi #2: Laptop Adam rosak dikala assignment bercambah untuk disiapkan.
Ayat Penyedap Hati: Mungkin laptop dah terlalu uzur untuk terus digunakan akibat penggunaan lasak dan melampau. Adam dapat rasakan bahawa motherboardnya terbakar akibat daripada penggunaan melampau dan kerap kali panas pada tahap melampau. Survey untuk menukar kepada motherboard baru adalah sekitar RM400. Duit lagi.
Situasi #3: Adam terasa hati dengan seorang rakan.
Ayat Penyedap Hati: Hm! Mungkin salah Adam yang terlalu memikirberatkan perkara ini sedangkan kepadanya langsung tiada apa. Adam perlu berubah, tidak perlu bergantung atau berharap kepadanya lagi selepas ini. Mungkin.
Tetapi walau apa yang terjadi mesti Adam hadapi dengan penuh tenang dan sabar kerana hidup ini ibarat roda. Mungkin kemarin Adam dah berada di atas dan hari ini giliran Adam untuk berada di bawah pula. Minggu depan merupakan satu cuti empat hari kepada warga UiTM Melaka sempena Hari Kebangsaan dan Awal Ramadhan sehingga hari Selasa. Apa perancangan Adam? Mungkin berada di sini sambil menyaksikan detik ambang merdeka di Padang Kawad, mungkin.
Aug 25
Assalammualaikum warahmatullah..
Sempena ketibaan bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat dan pengampunan, saya memohon ampun dan maaf atas segala dosa, kejahatan, kesilapan, kebodohan dan ketidakadilan sekiranya pernah saya lakukan kepada anda, secara sengaja atau tidak. Secara terang atau tidak, dan dengan fikiran yang waras mahupun dgn amarah dan bisikan iblis laknatullah. Saya juga dgn penuh rasa kasih, kasih kepada saudara seagama, mengakui memaafkan segala dosa, dan kesilapan sekiranya pernah kamu lakukan kepada saya, secara terang mahupun sebaliknya. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan penuh rasa takut kepada Allah, takut kepada azabNya, dan takut kepada Neraka jahannam. Semoga kita penuhi masa Ramadhan, dengan pengampunan, taubat, dan kesucian hati. Amiin.
Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-51. Semoga Malaysia terus aman dan makmur dibawah kepimpinan Perdana Menteri kita. Amin.
Aug 21

Cinta layaknya seperti seekor rama-rama, semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan ‘rama-ramamu’ terbang kemana saja ia suka, siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sadar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka.
Rama-rama adalah satu kejadian yang indah. Ia diciptakan dengan berbagai2 warna dan corak. Ia kelihatan menawan, dan sering menjadi tarikan. Bak kata pepatah “sungguh indah mata memandang”.
Rama-rama juga pelu kita ketahui bahawa disebalik warna dan corak yang menawan itu, tersimpanya racun yang tidak diketahui. Semakin banyak warna pada kepak rama-rama itu, maka semakin banyak racun yang tersimpan di kepaknya.