Jambori Antarabangsa Johor ke-24

November 30, 2008

Kami bergerak ke Batu Pahat melalui Lebuh Alor Gajah-Melaka-Johor pada jam 2.00 petang. Perjalanan 2 jam telah membawa kami selamat tiba di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Pada awal perancangan, PPM Perlis akan menghantar seramai 40 orang peserta namun terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kekurangan jumlah peserta. Sebagai meneruskan perjuangan, kami tetap terus untuk menyertai Jambori ini walaupun kami bertiga.

Setibanya di tapak jambori, kami bersiar sekitar tapak perkhemahan sebelum melakukan pendaftaran. Sayangnya, jambori kali ini tidak menyediakan cenderamata t-shirt seperti kebiasaannya dan menyediakan lencana dan beg galas. Aktiviti pertama kami di tapak kem Perlis ialah menaikkan khemah dan membuat pagar. Kami menaikkan 3 buah khemah untuk setiap seorang peserta. Pada hari pertama jambori, hanya sesi suai kenal diadakan dan kami turut bersiar ke tapak kem negeri lain untuk bertemu para pemimpin dan sahabat kelana yang pernah kami berjumpa sebelum ini seperti Kelana Titiwangsa dan beberapa kelana lain yang kami jumpa semasa di BP House tahun lepas.
[Read more]

Al-Fatihah DYMM Tuanku Puan Besar Perlis Tengku Budriah Binti Al-Marhum Tengku Ismail

November 28, 2008

DYMM Tuanku Puan Besar Perlis Tengku Budriah Binti Al-Marhum Tengku Ismail telah mangkat pada jam 3.47 pagi 28hb November 2008. Kerajaan Negeri Perlis telah mengumumkan 3 hari berkabung bermula dari hari ini untuk seluruh Negeri Perlis.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Baginda. Salam takziah kepada keluarga di Raja dan kerabat di Raja.

Al-fatihah.

Kisah Ikan

November 27, 2008

“Jika kamu memancing ikan… setelah ikan itu terlekat di mata kail… hendaklah kamu mengambil terus ikan itu… janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja… kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu… dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya… janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja… kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu… dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…”

Jadi bagaimana? Jika hati kata mahu, teruskan dan jangan sampai orang lain memberi harapan yang kita tidak mahu menyahutnya. Jika tidak, katakan tidak di awal-awal perhubungan agar tidak ada antara mereka yang akan merana.

Duit oh Duit!

November 26, 2008

Duit oh Duit

Sekadar mengupload ‘artwork’ ditika keboringan di rumah. Sebenarnya sedikit mengaplikasikan teknik limited depth of field walaupun tidak berapa menarik pada hemat Adam juga merupakan sesi pemanas kamera kerana baru balik dari pusat servis Canon kerana ’senapang’ Adam mengalami masalah dalam membuat auto fokus sebelum ini.

Apa yang menarik tentang tentang gambar wang kertas di atas ialah koleksi yang Adam sendiri kumpul kerana mempunyai nombor siri yang berturutan dan unik. Contohnya RE4343433 pada not kertas yang nilainya Ringgit Malaysia Lima Puluh. Juga KY9919919 pada not kertas Ringgit Malaysia Sepuluh.

Ini hanyalah sekadar hobi yang rasanya tidak memerlukan sebarang pelaburan atau bajet yang tinggi kerana semua wang yang mengalir masuk ke dalam dompet boleh membawa kepada hobi yang unik ini. Jika anda punya hobi seperti ini, apa salahnya kita bertukar-tukar wang yang mempunyai nombor siri yang unik. Jika sudah ramai yang menyimpan wang lama, jadikan hobi ini suatu pecahan baru kepada hobi mengumpul wang!

P/S: Ringgit Malaysia Satu Ratus tu tidak termasuk dalam senarai nombor unik, tetapi unik kerana diberi oleh seseorang.

Al-fatihah Nur Ezzah bt Elias

November 24, 2008

Assalamualaikum WBT

Seorang lagi sahabat Adam di SMK Derma, Nur Ezzah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4 pagi tadi. Adam menerima panggilan telefon daripada Fatin Adila selepas solat Subuh tentang berita pemergiannya. Dikhabarkan beliau menderita sakit gastrik sebelum pergi meninggalkan kita.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.

Al-fatihah.

Psychology of Forex

November 23, 2008

Jom bercakap tentang Forex! Rasanya Adam perlu mantapkan diri Adam dengan menguasai Psychology of Forex ini dulu. Walaupun tiada istilah khusus dalam penjagaan emosi dalam bermain Forex ini, biarlah Adam namakannya Psychology of Forex. Nampaknya rakan-rakan seperjuangan juga bersetuju dengan nama ini, jadi biarlah Adam gunakannya untuk hari-hari mendatang dalam permainan Forex.

Forex Trading berkembang pesat sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan sampingan, malah ada juga yang menumpu kepada perniagaan ini sebagai sumber pendapatan mereka. Idea ringkas mengenai proses Forex yang melibatkan proses jual beli matawang telah menyebabkan ramai yang menyertai perniagaan ini. Menurut perangkaan, sebanyak 90% (Forex Psychology in Forex Trading, 2008) yang menyertai Forex adalah gagal dalam perniagaan mereka kerana beberapa perkara seperti kerap mencari perubahan trend, memasuki trend yang jauh dari permulaan trend, margin melebihi modal, membuat floating yang banyak dan sebagainya. Mereka ini juga tidak menghabiskan kefahaman mereka dalam perniagaan Forex dan secara terus bermain dalam akaun live selepas beberapa hari mendapat keuntungan dalam akaun demo.

Peranan emosi juga memainkan peranan penting dalam perniagaan ini. Trader mestilah mempunyai disiplin yang tinggi, tidak bersikap tamak dan menggunakan konsep yang betul. Selain daripada itu, target atau matlamat juga penting. Dengan adanya matlamat insyaAllah akan membawa kita ke jalan yang benar.

P/S: Bercakap macam dah pakar. Sebenarnya merujuk kepada beberapa laman web dan diolah untuk kesedaran diri sendiri.

Next Page »


Warning: include(/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php) [function.include]: failed to open stream: No such file or directory in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45

Warning: include() [function.include]: Failed opening '/home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/sidebar_post.php' for inclusion (include_path='.:/usr/lib/php:/usr/local/lib/php') in /home/xterrorg/public_html/adam/wp-content/themes/simplyglossy/archive.php on line 45