Kau Pergi Kerana Suka
October 8, 2008
Sebuah lagu nyayian Alif OIAM (On In A Million) ini diberikan kepada Adam oleh seorang sahabat. Mungkin menjadi satu hobi baru untuk bertukar-tukar lagu. Bait-bait lirik dalam lagu ini sama sekali tidak menggambarkan diri seorang Adam Roeslani pada masa kini. Dengarkan, Aliff OIAM Kau Pergi Kerana Suka.
Lirik
Kau kata akulah segalanya
Yang menyinar mekar di hatimu
Kau berjanji akulah satu-satunya
Yang abadi hingga ke akhirnya
Al-fatihah Asrol Aizan Bin Zahari
October 6, 2008
Assalamualaikum WBT
Posting ini dibuat selepas Adam menerima berita bahawa saudara Asrol Aizan yang juga dikenali sebagai Dek Jan telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi akibat satu kemalangan di Beseri, Perlis.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
Al-fatihah.
Salam Aidilfitri 1429H
October 3, 2008
Assalamualaikum W.B.T.
Sebagai pembuka bicara Adam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada semua pengunjung Adam’s Playground, keluarga tercinta, rakan-rakan Reflector Family, rakan-rakan DMC3E, rakan-rakan Putra Rovers, rakan-rakan Lekiu 2-2, rakan-rakan blogging, rakan-rakan ham radio dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak.
Sepuluh jari disusun dengan kerendahan diri memohon ampun agar segala percakapan, perlakuan atau syak wasangka dimaafkan. Adam akan cuba perbaiki kelemahan diri agar dapat menjadi seorang anak, abang, pelajar, dan rakan yang lebih bertanggungjawab pada masa akan datang.
