Posting Pantas 01/09
September 17, 2008
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah Adam masih berkesempatan untuk membuat coretan kat sini. Dah lama tak berkesempatan untuk update walaupun banyak perkara menarik berlaku sepanjang awal bulan ini. Sebenarnya yang menjadi masalah ialah ketiadaan connection Internet yang telah dipotong akibat kelewatan membayar bil. Pengajaran - lain kali percepatkan pembayaran bil untuk mengelakkan talian dipotong.
Antara perkara yang menarik ialah Majlis Berbuka Puasa Wing 2 Level 2 Lekiu yang diadakan di sekitar Melaka baru-baru ini. Selain daripada itu, Majlis Berbuka Puasa Reflector Studio Wilayah Tengah - yang disertai oleh RS Melaka, RS KL dan RS Perak. Alhamdulillah, walaupun sibuk tetapi masing-masing dapat meluangkan masa untuk menyertai majlis yang diadakan. Walaupun ringkas, namun masing-masing gembira kerana dapat meluangkan masa bersama. InsyaAllah kalau ada kesempatan, akan ada follow-up post untuk kedua-dua aktiviti tersebut.
Adam perlukan laptop baru. Juga handphone baru. Juga telefoto lens atau speedlight. Juga footrest untuk RH5775. Juga mungkin sebuah kereta untuk pulang berhari raya. Banyak dalam fikiran. Perlukan duit dan masa untuk berfikir. Hahaha.
Salam Ramadhan
September 4, 2008
Assalamualaikum.
Sebelum terlewat dikesempatan ini Adam sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini kan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Dengan niat dan usaha untuk melipatgandakan ibadat kepada Allah SWT, Adam akan meneruskan ibadat puasa ini di Melaka dengan rakan-rakan seperjuangan.
Awal Ramadhan Adam pada tahun ini agak berbeza kerana Adam tidak berpuasa bersama keluarga di Perlis dan tidak juga bersendirian di Melaka kerana Adam bersama Azza dan keluarganya di Klang. Selepas bersama rakan-rakan ke Ulu Bendul pada hari Sabtu, Ahadnya Adam bergerak bersama RH5775 ke Klang. Pengalaman ke Klang adalah sesuatu yang baru kerana sebelum ini seumur hidup Adam sama sekali tidak pernah sampai ke sana.
Malique - Mentera Beradu
September 1, 2008
Mentera Beradu - Malique feat M.Nasir

Kepada peminat Too Phat, dengarkan sebuah lagu baru daripada Malique yang mempersembahkan M. Nasir sebagai penyanyi bersama. Dengar dan hayati, mungkin apa yang dinyanyikan ini benar.
Masih belum sempurna…
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku… aku lah dia…
Kulitku tebal… ku kebal… ingatku kebal…
Hanya berbual makan angin kembung perut mual…
Resah dan tidak senang… hidup tak pernah lenang…
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang
