Program Bicara Motivasi UiTM Melaka 2008

Daily Craps No Comments »

Salam.

Sekadar posting ringkas untuk minggu ini. Minggu ini seperti minggu-minggu biasa, sibuk dengan jadual harian yang padat. Dan pada hujung minggu - Sabtu, Adam dan pelajar part 3 dan part 1 Mass Comm telah menghadiri satu Program Bicara Motivasi di Dewan Bendahara, UiTM Melaka. Tajuk motivasi pada hari tersebut ialah “Pembentukan Personaliti Remaja” oleh Prof. Madya Hj. Md. Izuddin bin Hj. Ali dan sesi forum “Impak Sosiobudaya Terhadap Pelajar Masa Kini”.

Perkara yang menarik pada hari tersebut bukanlah tentang tajuk motivasi dan perbincangan, tetapi yang lebih penting ialah Adam dapat bersama Prof. Izzi Hj. Ali di atas pentas di hadapan lebih 800 orang pelajar Mass Comm. Ini adalah pengalaman baru kerana sebelum ini Adam tidak pernah untuk ‘menonjol’ seperti kejadian yang lepas.

Oleh kerana kedudukan Adam adalah di barisan paling hadapan, mungkin itulah puncanya beliau memanggil Adam untuk ke pentas dan bertanyakan soalan. Walaupun agak nervous tetapi masih dapat mengawal diri :)

Sebagai tanda penghargaan, beliau telah memberikan sekeping RM1 yang ditandatanganinya secara ekslusif!

Model Shooting Luarbiasa

Daily Craps No Comments »

Selalunya bila sebut tentang model shooting, pasti akan ada seorang dua gadis yang akan menjadi model untuk aktiviti shooting. Akan tetapi, lain pula yang berlaku dalam kalangan krew TintaCreativeKL yang langsung tidak menggunakan perkhidmatan model gadis yang ‘hot’ untuk menjadi penarik dalam gambar mereka. Gambar di atas sekadar menggantikan posing ala maut yang selalu dipose oleh gadis-gadis :)

Sedikit petikan hadis untuk gadis-gadis di luar sana; hayatilah..

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kredit: Syakir Zainol Fotopages

Ingat Lima Perkara

Daily Craps No Comments »

Ingat lima perkara sebelum lima perkara; Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Sehat sebelum sakit, Hidup sebelum mati…

Ingat! Kata Imam Hasan Al Bashri. “Dunia ini hanylah 3 hari. Hari kemarin yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu lagi untuk merubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan didalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka,beramallah sebanyak-banyaknya.”

TV3 lakukan ‘jenayah media’, sebar fitnah

Daily Craps No Comments »

Berikut adalah laporan berita berkaitan kejadian fitnah kepada rombongan Sultan Kedah ke negara Brunei. Diharap pihak TV3 mengambil tindakan untuk memohon maaf atas kesalahan mereka agar kepercayaan rakyat terhadap TV3 tidak hilang. Adalah penting pihak yang mempunyai pengaruh dalam media untuk mempunyai kepercayaan rakyat dan memberi rakyat maklumat yang tulus.

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Harakah) -Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali.

Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah.

Read the rest of this entry »

TV3 Memfitnah Sultan dan Kerajaan Kedah?

Daily Craps No Comments »

Salam. Sesekali ingin juga menyertai dan menghantatkan topik yang sedang panas pada masa kini. Selain daripada masalah politik dan kisah peralihan pucuk pimpinan negara, seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan membabi buta pihak media — TV3 telah memfitnah Sultan Kedah Darul Aman.

Dalam Buletin Utama 10 Julai 2008 telah menyiarkan laporan daripada seorang penonton yang telah menghantar video yang menunjukkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan rombongan Diraja yang diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad Endut ke Brunei bagi tujuan menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap sebagai membazir. Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menggunakan khidmat jet yang disewa tersebut kerana kesuntukan masa.

Read the rest of this entry »

Fad, Salam Kelahiran ke-19!

DMC3E, Daily Craps 1 Comment »

Salam.

Entri ini diwujudkan sempena Hari Kelahiran saudara Fad yang merupakan rakan DMC3E. Sempena sambutan ini, DMC3E sekali lagi telah mengadakan majlis ringkas untuk meraikan hari lahirnya di Wakaf Blok A berhampiran tasik. Berikut adalah gambar yang berjaya dirakamkan ketika parti sedang berlangusng. Antara yang hadir pada petang tadi ialah yang dirai, Fad, Jaz, Adam, Kechik, Acud, Ima, Icha, Azza, Fatin, Lina, Dayah, Yaya, Kam Kam, Pdi, Shie dan Yus.