Kesibukan Masa Cuti

Daily Craps No Comments »

Salam.

Bila sampai satu masa — tiada masa untuk berblog lagi. Mungkin banyak aktiviti sehingga masa 24 jam sehari tidak dapat diluangkan untuk menulis di sini.

Secara ringkasnya, tiada entri berbentuk informasi pada minggu lepas, minggu ini dan minggu akan datang kerana kesibukan kerja luar mengatasi segalanya. Banyak program pematnapan Putra Rovers akan dilaksanakan untuk kemajuan Putra Rovers dan Pengakap Negeri Perlis.

CELCOM - Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY.

Daily Craps, Fakta 3 Comments »

KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan ‘Celcom 100 Hari 100 Kereta’ bermula hari ini.

  1. Sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.
  2. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.
  3. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.
  4. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
  5. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.
  6. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.
  7. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Read the rest of this entry »

Harga Minyak Naik

Daily Craps 3 Comments »

Nah! Tengah dalam kesibukan membuat window shopping di Pasar Malam Kangar, kami — Adam, Fakhrul, Hafiz dan Azie dikejutkan dengan berita oleh Cedin bahawa dengan segala hormatnya harga minyak petrol dan diesel di Malaysia telah dinaikkan sebanyak RM0.70 kepada RM2.70 seliter!

Diulang — RM2.70 seliter!!

Wahai rakyat, jom kita beli basikal MTB dan kayuh sekita Perlis agar bebas daripada asap hitam hasil daripada harga minyak yang mahal! Tunai RM150 untuk motorsikal bawah 250CC mungkin satu daripada sedikit pelembut hati daripada kerajaan, tapi untuk apa?!

Pesanan Pak Lah dalam press conferencenya seperti yang disiarkan dalam berita sebentar tadi, eloklah rakyat Malaysia berubah daripada pelbagai aspek kehidupan dan jangan membantah. Tapi, sampai bila jangan membantah? Hanya mengikut telunjuk dan jadi rakyat yang matang? Hm.. Nanti kita cari penyelasaiannya!!

Read the rest of this entry »