Alhamdulillah, baru selesai solat Subuh dan buat brochure untuk Public Speaking dan sekarang masih lagi mencari-cari tempat tidur yang sesuai dalam bilik ni. Harini jadi meriah pulak bilik ni - kebiasaannya 5 orang aja tapi hari ini 6 orang termasuk Bugis. Sekali lagi aku tukar theme blog ni untuk mendapatkan mood baru, rasanya.
Dah lama aku mencari theme 2 column yang menarik seperti ini. Kalau sebelum ni aku gunakan FTW 3 column, rasa macam sempit pulak untuk ruangan entri yang kadang kala aku masukkan gambar dan sebagainya. Oh ya, cek daripada Nuffnang dah sampai!
Hari Jumaat - 14 Mac 2008 merupakan hari terakhir bagi minggu ke-11 dalam takwim UiTM dan tinggal lebih kurang 5 minggu lagi untuk Final Exam. Time macam ni la banyak assignment nak kena submit termasuk presentation untuk beberapa subjek. Insya-Allah minggu depan aku akan balik ke Perlis - berjumpa famili dan rakan di Perlis! Rindunya Perlis!
