Mar 29
Letto’s been putting yet another great album on the market. This Yogyakarta-based band has been very succesful; fandom toward them is not beyond comprehension. Beneath the band’s mix of J-rock and Led Zeppelin lurks Javanese traditional music (gamelan) patterns, according to the Jakarta Post.
Lirik dan Mp3 Letto Permintaan Hati di bawah…
Read the rest of this entry »
Mar 25
Wah, dah lama tak pulang ke negeri kesayangan. Sempena cuti Maulidul Rasul minggu lepas, Adam berpeluang untuk balik ke Perlis! Seronok tu! Walaupun cuti tak lama, cuma empat hari tapi tu bukan penghalang! Thanks Azza kerana sudi tolong belikan tiket bas Melaka -> Alor Setar. Thanks jugak kat Fakhrul aka Viere sebab sudi jemput kami di Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar.
Khamis, 20 Mac
Ketibaan Adam dan Hafiz di balai ketibaan Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Setibanya di Kangar, kami bertiga terus bersiap-siap untuk menziarahi ayah Zulaikha atau Ika yang telah kembali ke Rahmatullah petang senja semalam. Al-fatihah untuk arwah dan keluarga. Semoga Ika akan terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Aktiviti kami berakhir di situ, dan pada petangnya Adam ke Kuala Perlis untuk menghirup udara segar di sana disamping melepaskan kerinduan kepada Kuala Perlis.
Jumaat, 21 Mac
Hari Jumaat dimulakan dengan menyelesaikan urusan pembayaran bil dan utiliti. Banyak perkara yang diselesaikan untuk meringankan beban Umi. Tiada aktivti menarik sepanjang hari Jumaat dan banyak masa dihabiskan di rumah. Percubaan untuk menukarkan status akaun Maybank daripada Im-Teen kepada akaun Dewasa dan Maybank Visa Debit Card tidak berjaya! Tak apa, cuba di Melaka nanti! Macam biasa, sebelah petangnya meronda sekitar bandar Kangar. Pada malamnya, keluar makan bersama Shakaff, Shino, Epih, Fakhrul, dan Khalil.
Sabtu, 22 Mac
Ura-ura mengatakan bahawa tiket ke Melaka habis membuatkan kami panik! Memang benar, semua tiket ke Melaka sudah habis. Tapi nasib menyebelahi kami, kami berjaya mendapatkan 2 keping tiket ke Melaka walaupun terpaksa menempuhi beberapa halangan. Oh ya! cek daripada Nuffnang bernilai RM54.95 telahpun berjaya di cashkan! Kad Rakan Muda yang dipohon juga sudah tiba! Anda belum memohon? Cepatlah memohon!
 Ahad, 23 Mac
Hari terakhir di Perlis. Tolong Umi dan adik-adik kemaskan rumah. Pada sebelah petangnya bersama geng Putra Rovers ke Kuala Perlis menikmati “sunset” dan Tom Yam Special yang telah lama di idam-idamkan!
Mar 19
Tanggal 19 Mac 2008 - Adam Roeslani bin Roslan telahpun mencapai umur 19 tahun. Sudah 19 tahun Adam Roeslani bin Roslan hidup di dunia ini. Sudah banyak perkara yang Adam Roeslani bin Roslan tempuhi dan hadapi. Banyak yang Adam Roeslani bin Roslan peroleh dan hilang. Terima kasih atas sokongan Umi, Dik Wa, Teh, dan Adik. Abang akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan untuk diri abang dan keluarga.

Kechik, Syaz, Zaf, Jazly, Ima, Icha, Nur, Azza, Acud, Yaya, Shasha, Kam Kam, Shie, Pdi, Yus, Fatin, Dayah.
DMC2E, terima kasih!
Rakan-rakan seperjuangan dan yang terlibat secara langsung atau tidak - terima kasih!
Mar 18

ARAU 17 Mac – Datuk Dr. Md. Isa Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-6 dalam satu istiadat di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Bilik Hijau, Istana Arau di sini petang ini.
Pelantikan Md. Isa, 62, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis yang mengetepikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Istiadat tersebut sekali gus menamatkan kemelut perebutan jawatan itu antara Shahidan yang menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Md. Isa yang menjadi calon yang diterima oleh Raja Perlis.
Read the rest of this entry »
Mar 16

Kertas band - berasal dari Palembang yang dianggotai oleh Rizal (vokal), Radha (gitar), Andir (drum), Endra (bass) dan Argha (gitar). Band yang diasakan pada pertengahan Mei 2005 ini telah mencapai prestasi yang membanggakan. Rizal, vokalis kumpulan ini telah memenangi anugerah “The Best Vocalist Festival Cyberb Tech Universitas Bina Dharma 2004″. Nama “Kertas” digunakan kerana kertas adalah sesuatu yang dapat menukilkan fikiran dan isi hati. Kertas merupakan media yang neutral - boleh diwarna hitamkan atau dibirukan dan juga pelbagai warna lain.
Lagi lirik dan mp3 di bawah..
Read the rest of this entry »
Mar 14
KUALA LUMPUR, March 14 (Bernama) — The Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail has given his consent for the appointment of Bintong state assemblyman Datuk Dr Md Isa Sabu as the new Menteri Besar of Perlis in place of Datuk Seri Shahidan Kassim.
The Raja of Perlis’ private secretary, Moh Adib Zakaria, in a statement distributed to reporters gathered in front of Istana Siraj here at 2.40pm today, said the appointment was made under Article 39 (2) of the Laws of the Constitution of Perlis.
Under this provision, the ruler shall appoint a person who he thinks has the confidence of the majority of the members of the state assembly to become the menteri besar to head the state government.
Read the rest of this entry »