Hari-hari yang Sibuk!

Daily Craps 2 Comments »

Wah wah!

Sibuk dan tiada kesempatan untuk online sbb banyak aktiviti yang best dalam minggu ni dan minggu-minggu lepas!

  • Perkhemahan Pengakap Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Perlis 2007
  • Perkhemahan Muhibbah Pengakap Kelana Titiwangsa, Balik Pulau dan Negeri Perlis 2007
  • ….

Lagu Fiq dapat sambutan yang hebat dalam blog ni, thanks kepada user yang sudi join blog ni dan dengar lagu Fiq kat sini.

Dan kepada sesapa yang nak lagu, bolehlah dibuat request dan insya-Allah saya akan tunaikan apabila saya berpeluang untuk online. Thanks :)

Trip Ke Langkawi [3H 2M]

Daily Craps 4 Comments »

Pada 4 Mac 2006, crew Reflector Studio telah dijemput untuk ke Hotel Langkasuka, Langkawi untuk satu temu janji berkaitan perjanjian timbal balik membina laman web untuk hotel tersebut. Trip yang disertai oleh Aku, Hafiz aka Epih, Ariff aka Cedin, Cipun aka Saipon, dan Fakhrul aka Pandir.

Kami bertolak dari Jeti Kuala Perlis tepat jam 6.00 petang menaiki feri xXXXXxx dan selamat tiba di Jeti Kuah pada jam 7.00 petang. Ketibaan kami disambut oleh En Azhar aka Abg Azhar yang merupakan seorang pengurus di Hotel Langkasuka aka orang yang bertanggungjawab mengendalikan urusan laman web tersebut. Sejurus selepas itu, kami dibawa ke hotel untuk makan malam.

Jeti Kuah Wit En Azhar! Ref!ector Crew

Selesai makan malam, kami dibawa bersiar-siar di Langkawi Fair dan Dataran Lagenda. Tepat jam 10.00 malam, kami pulang ke hotel penginapan untuk memulakan sesi pembelajaran kami. Aku mengajar En Azhar serba sedikit bagaimana untuk memformat komputer dan tips-tips ringkas untuk menjaga dan menyelenggara komputer.

Jam 11.00 malam, kami turun ke bawah untuk mengambil supper dan En Azhar banyak menceritakan pengalamannya kepada kami untuk dijadikan pengajaran. Kami amat terharu mendengar ceritanya yang kadang-kadang sedih dan juga diselitkan dengan cerita-cerita lawak. Selepas itu kami kembali ke office untuk menyambung kelas pelajaran kami. Apabila selesai, kami bersama-sama bersetuju untuk meronda malam sekitar Pulau Langkawi. Dengan berbekalkan RM3 setiap seorang, kami mengisi minyak untuk mengembara malam. Kami menaiki kereta yang dipandu Abg Azhar dan destinasi pertama kami ialah Pantai Chenang. Kami tiba di Pantai Chenang kira-kira 2.30 pagi dan berjalan lebih 2 KM di pesisir pantai Pantai Chenang.

Selepas itu, kira-kira jam 5.40 pagi kami meneruskan perjalanan ke Petronas Quay dan singgah solat Subuh sebelum ke Tanjung Rhu kira-kira jam 6.40 pagi. Kami meluangkan masa untuk menghirup udara segar sebelum pulang ke hotel penginapan jam 8.00 pagi kerana Abg Azhar bekerja pada pagi tersebut.

Pagi kami diisi dengan aktiviti tidur dan melepak di dalam bilik dan kami dikejutkan oleh Abg Azhar pada jam 1.30 tengah hari untuk makan tengah hari dan menyelesaikan beberapa perkara yang belum diselesaikan pada sebelah malamnya. Selepas makan tengah hari, Abg Azhar menyuarakan pendapat agar kami terus tinggal di sini untuk sehari lagi kerana dia akan ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

Abg Azhar: Abg nak bagi pendapat la, apa kata hampa lajak tidoq semalam dua lagi.. Seminggu pun boleh, boleh teman abang kat sini.
Epih: Kami bukan apa, banyak kerja lagi yang ada kat Perlis.
Abg Azhar: Alang-alang mai tu, biaq la lama sikit.. La macam ni la, hampa tolong abang, abang tolong hampa balik. Kita orang sekampung. Apa kata ampa tidoq aja kat bilik abang tu, FOC.
Epih: *Aduh, tak suka..*
Adam: Takpa, satgi kami buat meeting lain..
Abg Azhar: Ok, abang nak kena balik bilik sat, nak p bersiap barang nak p KL lepas Asar nanti.
Cipun: *Aduh, tak suka la macamni.. Tak suka..*

Maka, kami pun bersepakat untuk terus tinggal sehari lagi di Pulau Langkawi dan mengerjakan beberapa perkara yang belum diselesaikan. Perkara yang menjadi masalah besar kepada kami ialah pengangkutan dimana syarat untuk menyewa kenderaan sama ada motor atau kereta memerlukan si pemandu mempunyai lesen D. *Tapi, semua dok ada lesen*.. Kami hampir-hampir putus asa untuk mencari penyewa kereta kerana semua memerlukan lesen untuk memenuhi syarat. Walaupun Abg Azhar sedang dalam perjalan ke KL, namun dia banyak membantu kami bagi mendapatkan contact number penyewa kereta. Abg Azhar merekomen untuk bertanya ke kedai berhampiran. Tanpa melengahkan masa, aku pun pi kat kedai tu.

Aku: Makcik, kat sini ada sewa kereta ka?
Makcik: Ya, ada.. Encik nak sewa kereta berapa hari?
Aku: Er.. sehari berapa makcik?
Makcik: Sehari RM70 jer encik..
Aku: La ni kereta tu ada? *Dengan nada ingin tahu*
Makcik: Ada, tu depan tu.. Kereta putih tu.. *Sambil menunjuk kearah kereta Nissan AD Resort*
Aku: *Aduh, kecil saja..* Ha, pakai jadi.. Gena nak sewa?
Makcik: Mai duit, kira sewa la..
Aku: Ha, pakai jadi.. pakai jadi.. *dengan terketar-ketar, takut dia mintak lesen kereta*
Makcik: Ok, jaga elok-elok na..
Anak Makcik Yang Cun: Ha, tinggai la nombor telefon, kot ada apa-apa boleh telefon.
Aku: Ha.. Amik ni.. 012-xXXXxXXXx.. *Lalu membelahkan diri dengan perasaan gembira*

Aduh, lesen tak mintak pun makcik ni.. Epih yang mulanya muram kini kembali ceria. Kami naik ke bilik dan bersiap-siap untuk keluar bersiar-siar dan sempat menjamah makan malam di hotel. Aduh, orang tak usha pun.. Kami menuju ke Pantai Chenang untuk rilex-rilex dan lepak di Rasa Cafe, Chenang. Selepas lepak di Chenang, kami ke Awana Resort tetapi tidak dibenarkan masuk untuk orang ramai dan singgah di TM Resort bertemu Jeff yang bekerja di sana.

Dengan Nissan AD Resort Pantai Pasir Hitam

Tepat jam 2.00 pagi, kami ke Langkawi Parade yang terletak di sebelah Hotel Langkasuka untuk ke Pusat Snuker dan pulang ke bilik jam 4.30 pagi dan aktiviti kumpul daya dijalankan. Esoknya, kami bergerak awal untuk mengelilingi Pulau Langkawi. Kami singgah ke tempat-tempat menarik seperti Pantai Pasir Hitam, Petronas Quay, Kereta Kabel Gunung Mat Chincang, Air Terjun Telaga Tujuh, Makam Mahsuri dan Beras Terbakar.

Kereta Kabel! Bye bye Langkawi!

Dengan berbekal minyak yang diisi sebanyak RM 50, kami mampu mengelilingi Pulau Langkawi sehinggakan beberapa kali melalui jalan yang sama. Meter trip yang direkodkan ialah kami telah menempuh perjalanan sejauh 265 KM dalam masa 24 jam.

Perbelanjaan

Tiket Feri; RM15 x 2 = RM 30
Hotel; RM 50 x 2 = RM 100 FOC
Kereta; RM 70 / 5 = RM 14
Minyak; RM 25 + RM 10 + RM 15 = 50 / 5 = RM 10 untuk 260KM
Lain-lain; RM 50

Kesimpulan

Trip ni da best! Ini merupakan kali pertama Cipun ke Pulau Langkawi dan banyak kenangan manis telah terukir di sini. Dengan hanya berbekalkan RM 100, kami mampu survive untuk tinggal di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Dengan adanya kereta, kami telah melalui dan singgah ke semua tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi dengan maksud lain, semua jalan di Pulau Langkawi telah kami lalui dan dah boleh hafal jalan-jalan di sini.

Rancangan Masa Depan

Trip ke Langkawi hanya RM 100? Boleh hidup ka?? Bila nak mai lagi, kena bawak lebih untuk bayaran masuk ke tempat peranginan seperti;

  • Kereta Kabel Gunung Mat Chincang - RM 25
  • Under Water World - RM 28

Jom usha gambar menarik sekitar Pulau Langkawi!

Ella - Harum Ikhlas [Rama-Rama 2007]

Music 4 Comments »

Lirik

Sayu hatiku sayunya bintang
Berlagu sepi berkelipan di dada malam
Antara lemas dan bisikan rindu kepadamu mengusik
Meskinya asmara sempat senyum kecewa
Mengenang cinta biar jauh tetap terasa
Terbayang jua sebaliknya andai ditakdirkan bersatu

Bertapa indahnya nikmat tak terkata
Mampukah ku hadap
Kau tak pernah ku tunjuk
Tangis ku bergenang di hujung mataku selalu
Kau tak mungkin perasan kerana tak ku tunjuk
Kerana sembunyi darimu
Kau tak mahu kau tawa dengan pujuk rayu dengan belas simpati

Ooh…

Ku masih percaya padamu
Satu hari kau kan sedar
Ku masih menanti pulangmu
Kerana cintaku takkan pudar

Ku masih percaya padamu
Satu hari kau kan balas
Ku masih menanti pulangmu
Kerana cintaku harum ikhlas..

Streaming

Download Ella - Harum Ikhlas

Ella - Harum Ikhlas

Password: xterdotorg

Nasib Si Ayam

Fakta 4 Comments »

Meminjam kata-kata Aman, Nasib Si Ayam. Begitulah tajuk perbincangan kita pada pagi ini. Pada suatu masa, kita dihebohkan dengan berita ayam yang digunakan untuk dihidangkan dalam hidangan Kentucty Fried Chicken atau panggilan manjanya, KFC tidak disembelih dengan cara yang halal dan menjadi topik perbualan hangat pelbagai pihak.

Video ni aku dapat dari saudara Aman, yang mengisahkan bagaimana ayam KFC di negara barat disembelih sebelum diproses untuk dipasarkan di KFC di seluruh barat.

Ayam-ayam tidak berapa dijaga. Ruang yang diberikan amat susah untuk ayam-ayam bebas bergerak. Ini membuatkan ayam-ayam tersebut susah nak menggunakan kesemua tenaga yang diperolehi daripada makanan yang diambil oleh mereka, sekaligus menyebabkan mereka berat dan saiz badan mereka bertambah.

Selain itu, mereka hanya mengantungkan ayam-ayam tersebut secara terbalik dan celupnya dalam air panas untuk membunuh ayam-ayam tersebut. (Halal ke?) Cara mereka mengumpulkan ayam untuk membawa ke tempat “penyembelihan” pun sangat kejam.

Klik untuk video: YouTube.com
Rujukan: www.kentuckyfriedcruelty.co.uk