Salam. Seminggu cuti. Langsung apa pun tak rasa. Sedaq² harini dah nak masuk hari Isnin; 28 Ogos 2006. Seminggu cuti, tak banyak aktiviti yang mampu aku buat. Isnin - Rabu; kelas tambahan kat sekolah. Khamis, Jumaat, Sabtu & Ahad, takda keja lain. Lepak rumah Epih sambil bukak kedai moto. Ahaks. Dalam minggu ni saja, ada 3 buah moto geng tu cat. Sempoi. Nanti aku post gambar selepas siap modding. Hehe
Masalah kewangan melanda. Duit macam takmau turun aja. Bila dah turun, cepat pulak duit lesap. Aduih.. Bila nak kaya tah..
Minggu lepas aku tak bleh nak online, prepaid TMNet 1515 plak abeh.. Macamni la, orang lain dah pakat pakai Streamyx, aku lagi masih tercari-cari dan masih lagi guna TMNet 1515. Tp ok la jugak, dah semua pakai Streamyx, line 1515 takda la bz kan. Hehe. Jangan percaya andaian nie.
Dalam 2/3 hari ni jugak PC buruk aku ni buat hal. Memula kipas GFX Card aku blow. Maunya tak kalut cari kipas ganti. Nasib ada jugal kat Netboy. Bila nak pasang, power connector pulak silap, GFX Card aku ada 2 pin, tapi kipas yang aku beli 3 pin. Apa lagi, mod aja lah. Guna wayar merah + hitam, abaikan wayar kuning. Nasib la berpusing gak kipas tu.
Lepas GFX buat hal, PC aku ni skali lagi buat hal. Nak boot xboleh. Aku dah try dgn Live CD Knoppix pun tak detect. Masalah. Aku tanya la Sir Lee harga mobo paling murah untuk socket 775 Intel. Tu pun RM350. Garu kepala, mana nak cekau duit. Last-last, bukak fan processor, pastu cabut processor; tiup² processor tu then pasang balik. Nasib la PC nie hidup balik.. Kalau tak, folio adik aku tak siap la nampaknya..
Dah dah.. esok nak sekolah dah.. Nitezz..
